21hb Januari 2019, Kota Bharu - YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob (Dato' Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan hari ini menerima kunjungan hormat dari pihak Pengurusan Felda Wilayah Gua Musang yang terdiri daripada pegawai, pengurus rancangan dan pimpinan tertinggi peneroka wilayah Felda Gua Musang, Kelantan.
Pegawai Felda wilayah Gua Musang yang hadir bersama rombongan berkongsi beberapa informasi semasa mengenai perkembangan Felda Gua Musang kepada YAB Dato' MB yang turut ditemani oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.