Kota Darulnaim, 11 Rabiul Akhir 1441h bersamaan 08 Disember 2019 telah diadakan Mesyuarat Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Dalam Kompleks Kota Darulnaim Bilangan 2 Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan MABNA MBI, Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim. Mesyuarat yang melibatkan semua bahagian/agensi yang terdapat dalam kompleks itu membincangkan tahap kajian kepuasan pelanggan terhadap jabatan masing-masing bagi bulan Mei sehingga Oktober tahun 2019. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan.