YM. Dato’ Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan YBrs. Encik Khairil Zuhdi bin Khairuddin, Pengarah Biro Pengaduan Awam Terengganu/Kelantan serta rombongan ke pejabat beliau sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pengurusan Aduan Bilangan 3 Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan MABNA MBI, Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim pada 12 Rabiul Akhir 1441h bersamaan 10 Disember 2019.