14 April 2019, 8 Syaaban 1440H
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Mekatronik 2019 yang telah pun diadakan pada 14 April 2019 di Dewan Teratai,Kota Darulnaim, Kota Bharu. Peserta bengkel dihadiri oleh seorang (1) guru dan dua (2) orang pelajar bagi mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi (RBT) bagi 34 buah sekolah iaitu seramai 64 orang peserta.Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi kemahiran dan persediaan menghadapi pertandingan di peringkat sekolah Yik yang akan diadakan pada 28 April 2019 nanti. Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Team En Dafizal Derawi , CEO Robotik System Interprise.