09 Syawal/ 01 Jun 2020: YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar ketika menerima kunjungan hormat daripada wakil China Communication Construction (CCC) yang diketuai oleh Mr Guo Chang Rui (Executive Project Manager) bagi menyampaikan pembentangan mengenai status Projek Landasan Keretapi Pantai Timur ( ECRL) khususnya bagi negeri Kelantan.
Projek ECRL bagi negeri Kelantan dijangka akan bermula pada November 2020 selepas selesai proses pengambilan tanah berikutan perubahan jajaran (alignment) akan melibatkan dua (2) stesen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh dengan panjang keseluruhan penjajaran adalah 44.075 KM.
Turut hadir dalam sesi tersebut YB. Dato’ Sr. Hj Azami Mohd Nor (Exco Kerajaan Negeri) dan YM Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).