19 Syawal 1441H/ 11 Jun 2020: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menyertai Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bil 1/2020 secara telesidang video yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.
MPFN adalah Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Ahli- ahli mesyuarat yang terdiri daripada YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri, YB Menteri Kewangan, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Menteri Alam Sekitar dan Air, KSN, Peguam Negara dan YABrs TPr Tn Hj Hassan Yaccob, Pengarah PLAN@ Kelantan.