20 Julai 2020/29 Zulkaedah 1441H: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat daripada YDH DCP Dato' Hasanuddin bin Hassan Ketua Polis Kelantan di Pejabat Menteri Besar, MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada pagi ini.
YDH Dato’ Hasanuddin bin Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan sejak 15 Jun 2017 dan akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Kedah selepas ini.
Semoga pertemuan ini akan merapatkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang berterusan. Terima kasih atas kunjungan, semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dan beroleh keberkatan daripada Allah SWT.