Kompleks Kota Darulnaim, 05 Zulhijjah 1441H bersamaan 26 Julai 2020 telah diadakan Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang mana telah dihadiri oleh YBhg. Timbalan Ketua Audit Negara, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan YABrs. Pengarah Audit Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai atasan kerajaan negeri Kelantan.