3 Ogos 2020/14 zulhijjah 1441 : Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang telah menerima sebuah kapal ronda generasi baru dengan nama rasmi KM Tok Bali di Tok Bali Supply Base (TBSB).
Penempatan KM Tok Bali bertujuan meningkatkan pengawasan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, khususnya masalah Pencerobohan Bot Nelayan Asing Vietnam yang merupakan ancaman terbesar di perairan Kelantan. Selain itu, Keselamatan exsplorasi dan eksploitasi perairan Kelantan yang kaya dengan hasil gas asli dan petroleum juga semakin terjamin.
Maritim Negeri Kelantan mempunyai keluasan perairan seluas 27,637 kilometer persegi yang merangkumi Malaysia - Thailand Joint Development Area (JDA) dan Malaysia - Vietnam Commercial Arrangement (CAA).
Kehadiran Kapal Maritim Tok Bali Ke Negeri Kelantan diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga Maritim Kelantan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. Turut hadir YB Ust Tuan Saripuddin Tuan Ismail, Exco Kerajaan Negeri, YB ADUN Semerak, Ketua Jajahan Pasir Putih dan Pengarah Maritim Kelantan.