19 Ogos 2020 / 28 zulhijjah 1441: Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Banci Negeri (JKPBN) Negeri Kelantan Bilangan 2/2020 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kotadarulnaim Kelantan. Mesyuarat yang dipengurusikan oleh YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pembangunan) bagi perbentangan aplikasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan iaitu www.mycensus.gov.my yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, YABrs Encik Zuraidy Bin Zainal Abidin.