24 Januari 2021/11 Jamadil Akhir 1442- YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas Negeri (JKKN) di Kota Darul Naim pagi ini.
Kerajaan Negeri mengucapkan penghargaan kepada Syarikat Nautica Medicare diatas sumbangan enam (6) set kelengkapan Biohazard Safety Cabinet (BSC) bagi keperluan kegunaan Klinik Kesihatan terpilih di negeri Kelantan dan sebanyak RM20 ribu disumbangkan kepada Tabung Serambi Mekah.