analytic

Previous Next

Hari Sukan Negara 2021

 

Alhamdulillah, hadir merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Kelantan pada pagi ini.

Sesungguhnya kesihatan, kekuatan jasmani adalah antara nikmat besar yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ia mengambarkan sebuah gaya kehidupan yang berkualiti dan melambangkan kesejahteraan hidup sesebuah masyarakat dan negara.
‎العقل السليم فى جسم السليم
“Akal yang sihat datangnya daripada jasad yang sihat”.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, persatuan-persatuan sukan dan NGO-NGO belia atas kejayaan penganjuran program yang amat bermakna bagi masyarakat Negeri Kelantan pada kali ini.

Saya yakin penganjuran pada kali ini akan terus menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, memperkasa pembangunan industri sukan serta mengiktiraf peranan penggiat sukan di peringkat akar umbi.

Turut hadir YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jkuasa Belia, Sukan & NGO Kelantan dan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Hasan, Exco Kerajaan Negeri.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#harisukannegara2021

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=407695550714287&id=100044215370525

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini881
Semalam3004
Minggu ini21471
Bulan ini881
Jumlah411730
15
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan