07 FEBRUARI 2022
KEHADIRAN : YB DR. PENGERUSI, JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN DAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN, YABRS YDP GUA MUSANG, YBRS PENGARAN KERAJAAN TEMPATAN
Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Majlis Daerah Gua Musang bersempena Program Jelajah Kelantanku Bersih bertempat di Perkarangan Laman Buluh, Masjid Buluh Gua Musang.
Masjid Buluh Gua Musang merupakan ikonik di Gua Musang menjadi sebuah lokasi 'mesti singgah' buat sesiapa yang melalui Bandar Gua Musang, kini dilengkapi kiosk jualan runcit, ruang letak kereta yang luas, gerai makan dan KB Brewster Coffee kedai kopi berkonsepkan ala hispter.
Usaha mewujudkan lebih banyak Zon Bersih, Indah dan Ceria di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan ini merupakan langkah berterusan pihak kerajaan dalam mendidik masyarakat mengamalkan nilai kebersihan di mana jua berada. Jom ubah sikap cintakan kebersihan!
Tahniah Majlis Daerah Gua Musang kerana menyahut seruan Kelantanku Bersih.