Bengkel Penubuhan Jawatankuasa Pekerjaan Negeri Kelantan (JPNK) telah diadakan pada 24-25 Julai 2023 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan yang telah diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan bersama Pejabat PERKESO Negeri Kelantan. Objektif utama bengkel ialah untuk mengenalpasti senario penawaran dan permintaan pasaran buruh di negeri Kelantan. Selain itu, bengkel ini juga dilaksanakan bagi menentukan halatuju yang lebih jelas bagi pasaran buruh di Negeri Kelantan.