Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan Sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sawarak) di bawah bidang berikut:
Tarikh Pelawaan
08 September 2021 (Rabu)
Cara Memohon
- Dokumen Sebut Harga boleh didapati melalui pembelian di kaunter dari tarikh 08.09.2021 hingga 15.09.2021 semasa waktu pejabat di Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Pasir Puteh, Kelantan;
- Kontraktor yang ingin memasuki Sebutharga di atas adalah dikehendaki mengeluarkan Wang Pos/Wang Kiriman Pos berharga RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja) yang dibuat atas nama Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan sebagai bayaran dokumen Sebut Harga;*
- Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.Taklimat Sebut Harga boleh diperolehi secara atas talian melalui pautan https://did.kelantan.gov.my/index.php/pusat-sumber/sebutharga*
- Sebutharga ini akan ditutp pada 15 September 2021. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk (salinan cetak) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Pasir Puteh, Kelantan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.
Tarikh Tutup Sebutharga
Tawaran Sebutharga hendaklah dihantar sebelum atau pada 09 September 2021 (Khamis), jam 12.00 tengahari