Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang beralamat di JAJAHAN Kuala Krai serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), SIJIL Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran serta kerja-kerja berikut: ;
Tarikh Pelawaan
5 Oktober 2021 (Selasa)
Cara Memohon
- Kontraktor yang ingin menyertai tawaran ini boleh membuat pendaftaran secara 'walk in' di pejabat ini bermula pada 04hb. Oktober 2021 (Isnin) sehingga 06hb. Oktober 2021 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari mengikut SOP yang ditetapkan.
- Dokumen sebutharga yang berdaftar sahaj yang akan diterima dan seterusnya dibuat penilaian.
- Kebenaran Khas (KK) CIDB TIDAK DIBENARKAN menyertai sebutharga ini.
- Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai Sebutharga di atas adalah dikehendaki menyediakan wang tunai RM30.00 ( Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.
- Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat tertutup dan sebahagian atas sebelah kiri sampul dicatatkan TAJUK dan NO. SEBUTHARGA dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai TIDAK lewat jam 12.00 tengahari pada 07 Oktober 2021 (Khamis)
Tarikh Tutup Sebutharga
Tawaran Sebutharga hendaklah dihantar sebelum atau pada 07Oktober 2021 (Khamis), jam 12.00 tengahari pada hari tersebut