Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi sebutharga berikut:
Tarikh Pelawaan
17 Oktober 2021 (Ahad)
Cara Memohon
- Kontraktor yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengenakan bayaran tunai sebanyak RM30.00 semasa memohon Dokumen Tawaran Sebutharg.
- Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul saiz 12" x 9" berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul surat Nombor dan Nama Sebutharga serta tarikh Tutup dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada tarikh tersebut jam 12.00 tengahri di Pejabat Pengarah, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Kota Bharu Kelantan.
Tarikh Tutup Sebutharga
Tawaran Sebutharga hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Oktober 2021 (Khamis), jam 12.00 tengahari pada hari tersebut