Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala perkhidmatan membersih dan memncuci bangunan pejabat seperti berikut ;
Tarikh Pelawaan
3 November 2021 (Rabu)
Cara Memohon
- Dokumen Sebutharga boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai pada 14/11/2021 hingga 21/11/2021 di Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang seperti dilampirkan dan SIJIL TARAF BUMIPUTERA ( jika bertaraf Bumiputera ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyerahkan satu ssalinan (fotostat) sijil-sijil berkenaan semasa membeli Borang Sebutharga.
- Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan mencatatkan tajuk dan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang ditetapkan di Bahagian Kewangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Aras 5, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, 15510 Kota Bharu .
Tarikh Tutup Sebutharga
Tawaran Sebutharga hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 November 2021 (Ahad), sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari