Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang di bawah bagi menyertai tender berikut Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Komputer Riba, Komputer Desktop Dan Alat Pencetak Bagi Jabatan-Jabatan Negeri Kelantan.
Tarikh Tutup Penyertaan pada sebelum atau pada 07 FEB 2022 jam 12.00 tengahari
Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan
Petender yang ingin menyertai tender ini mestilah mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih aktif. Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 16 Jan 2022 pada waktu pejabat di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Tingkat 1, Blok 6 Kompleks Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU KELANTAN dengan harga RM 50.00 (mengemukakan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan) secara bayaran tunai atau dalam bentuk Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf yang dibuat atas nama SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN (yang tidak akan dikembalikan).