Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berpengalaman, berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang (070303) Peralatan dan Kelengkapan Pertanian/Ternakan/Akuantik dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja Membekal Dan Menghantar Mesin dan Peralatan Penternakan Kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) Bagi Tahun 2022
NO RUJUKAN : JPVNK100/2/4 JLD.3(02/2022)
Tarikh Tutup Penyertaan pada 3 Mac 2022 pada 12.00 tengahari
Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan
Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk sebutharga dan no siri dokumen sebutharga di sampul surat dan dihantar dengan tangan atau pos berdaftar dan dimasukkan kedalam:
Peti Sebutharga,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan,
Kubang Kerian,16150 Kota Bharu,Kelantan.