analytic

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

 

Bahagian/ Unit : Bahagian Kerajaan Tempatan  
Ketua Bahagian/Unit : Ketua Penolong Setiausaha 
Telefon : 09-7434667
Faks : 09-7473293
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

VISI

Mewujudkan masyarakat yang dinamik dan sejahtera melalui penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkualiti dan berkesan

 

MISI

Kearah mewujudkan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan strategik dan pembangunan berterusan serta perkhidmatan kelas pertama bagi merealisasikan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan.

 

MOTO

** SAMPAIKAN YANG TERBAIK **

 

OBJEKTIF JABATAN

1. Merancang, menganalisa  dan menyalurkan bantuan peruntukan kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan program-program berbentuk kemudahan      infrastruktur dan perkhidamatan sosial secara sistematik dan berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat;

2. Membantu Pihak Berkuasa Tempatan memperkemaskan aspek pengurusan kewangan bagi menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan sebuah organisasi yang berdikari  dan          berkeupayaan menjana hasil sendiri;

3. Mengemuka, mengedar dan memantau pelaksanaan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Pihak Berkuasa Tempatan supaya      menepati dan selaras dengan hasrat dan tujuan dasar tersebut;

4. Merangka dan melaksanakan strategi dan program-program bagi mempertingkat dan memperkukuhkan perkhidamatan Pihak Berkuasa Tempatan kearah mewujudkan            kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersih,indah dan selamat;

5. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Pihak  Berkuasa Tempatan yang melibatkan penyusunan semula organisasi pentadbiran seimbang dengan kehendak            perkembangan semasa dan selaras dengan matlamat kerajaan Negeri dan Persekutuan;

6. Membantu merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti bagi meningkatkan sistem penyampaian (delivery system) di Pihak Berkuasa Tempatan;

7. Mengendalikan mesyuarat, seminar dan bengkel dan seumpanya yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;

8. Mengedarkan bahan-bahan bercetak berhubung Latihan Sumber Manusia dan merangka serta melaksanakan program latihan dan pendidikan yang berkaitan dengan              perkhidmatan kerja Pihak Berkuasa Tempatan;

9. Menyelaras dan memantau program Perlaksanaan ICT di Pihak Berkuasa Tempatan supaya selaras dengan matlamat yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui        Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

10.Membantu merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang member peluang kepada rakyat tempatan melibatkan diri dalam perlaksanaan program                          pembangunan  Pihak Berkuasa Tempatan;

11.Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;

12.Memperkemaskan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih sistematik dan seragam berdasarkan peraturan dan undang-undang yang telus, adil dan kemaskini;

13.Menyelaras dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan dengan program/ aktiviti dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada Kerajaan Negeri dan                      Persekutuan;

14.Menganalisa dan membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri/ Kerajaan Persekutuan berhubung dengan projek-projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan samada         dari sumber Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri/ Persekutuan atau melalui usahasama dengan sektor swasta.  

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1809
Semalam3004
Minggu ini22399
Bulan ini1809
Jumlah412658
17
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

SEO - PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Infografi Amanat Khas Menteri Besar Sempena 32 Tahun MBI
KELGOV PPST
Arkib Elektronik

SEO - PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Infografi Amanat Khas Menteri Besar Sempena 32 Tahun MBI
KELGOV PPST
Arkib Elektronik