Bahagian/ Unit | : | Bahagian Pengurusan Korporat | |
Ketua Bahagian/Unit | : | Ketua Penolong Setiausaha | |
Telefon | : | 09-7481957 (2104) | |
Faks | : | 09-7443164 | |
Emel | : | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Korporat telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Januari 2008. Bahagian ini telah dipindahkan ke bangunan tambahan baru yang diletak di antara Blok 3 dan Blok 6 Kompleks Kota Darulnaim pada 18 Januari 2010. Struktur perjawatan di Bahagian Pengurusan Korporat sebagaimana Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Secara Zero-Base bagi Penstrukturan Semula Dan Pengukuhan Perjawatan Agensi Negeri Kelantan yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 sebagaimana jadual perjawatan dibawah.
Bermula 1hb Oktober 2015, Unit Inovasi telah diserapkan ke Bahagian Pengurusan Korporat yang sebelum ini diletakkan dibawah Bahagian Intergriti dan Tadbir Urus (sebelum ini dekenali Urusetia Integriti dan Inovasi )
VISI
Memberi perkhidmatan yang memuaskan hati setiap pelanggan.
MISI
Komited dalam memastikan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan, peningkatan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta pemantapan pengurusan aduan.
OBJEKTIF
Memastikan peningkatan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pelaksanaan perkhidmatan pelanggan yang berkesan dan pemantauan pengurusan aduan jabatan/agensi negeri yang cemerlang.