05 September 2020/02 Safar 1442 - YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan melancarkan Program Turun Padang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Menteri YB Dato’ Sri Rina Mohd Harun dan YB Dato’ Hjh Siti Zailah Md Yusoff yang sudi menganjurkan program ini di Negeri Kelantan.Dirakamkan juga ucapan tahniah dan syabas kepada pihak Kementerian atas penganjuran program yang julung kalinya diadakan di negeri Kelantan. Pemilihan Kelantan sebagai negeri pertama dan salah satu lokasi PTP KPWKM di bawah Kerajaan baharu ini sangat dihargai.
Malah ia lebih bermakna kerana program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi – agensi Kerajaan Negeri dan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.
Program berbentuk turun padang ini merupakan platform yang paling sesuai untuk memberikan penjelasan kepada pimpinan masyarakat di seluruh negeri Kelantan berhubung perkhidmatan dan inisiatif baharu KPWKM untuk disampaikan kepada rakyat di peringkat akar umbi.