Berita, 23 Disember 2020, 8 Jamadil Awal 1442H, bertempat di Bilik Gerakan Mabna, Aras 1, Mabna Kompleks Kota Darulnaim, satu Mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan, & Pelancongan Negeri Kelantan Bil. 1&2/2020 telah diadakan yang dipengurusikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Abd Rahman. Turut dihadiri YM Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), serta semua barisan kepimpinan Negeri Kelantan.
PASIR PEKAN, 17 Disember 2020/02 Jamadil Awal 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir menyerahkan bantuan bagi menyokong pertumbuhan para peniaga dan pengusaha dalam bidang industri kecil dan sederhana dalam DUN Pasir Pekan.
Dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri ini diharap dapat memajukan lagi perniagaan usahawan tempatan di Kelantan. InsyAllah.
">
KOTA BHARU, 19 Disember 2020/04 Jamadil Awal 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir menyampaikan ucapan dan menyaksikan majlis penyerahan sistem perkhidmatan pembentungan awam daripada Majaari Services kepada syarikat Indah Water Konsortium (IWK).
Penyerahan perkhidmatan ini merupakan langkah pertama dalam pembangunan sistem pembetungan yang lebih efisien, untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan awam seterusnya menyokong inisiatif yang boleh menambah baik taraf kehidupan rakyat Kelantan.
Ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Alam Sekitar dan Air YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di atas inisiatif dan sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan pelbagai langkah dan projek bagi kelestarian alam di negeri Kelantan.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YBhg Dato’ IR Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Tumpat, 7 Dis :YB Dato' Hajah Mumtaz binti Md. Nawi Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga membuat penyerahan bantuan makanan kepada petugas dan pesakit Covid-19 di Hospital Tumpat hari ini.
Penyerahan dibuat melalui Pengarah Hospital Tumpat, Dr Aminah Rusmin untuk diagihkan kepada sekitar 100 petugas dan 78 pesakit Covid termasuk 8 kanak-kanak yang dirawat di sana.
Turut menerima makluman frontliners yang telah kembali berkhidmat di Sabah pulang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.
#covid19
#hospitaltumpat
#kelantan
Kuala Krai - 12 Dis - Tujuh Resolusi diputuskan dalam program Retreat Muhibbah Pemantapan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) bersama Pusat Kajian Strategik, Negeri Kelantan.
Program yang berjalan selama dua hari bermula 11-12 Disember 2020 yang diadaka di Dabong, Kuala Krai.
Peserta di kalangan 14 orang Penyelaras Pembangunan OKU Parlimen, penggerak OKU di seluruh Kelantan serta kakitangan PKS.
Antara panel yang turut hadir bagi membentangkan kertas kerja Dato Dr Johari B Mat (Pengarah IPTG), Ust Mohd Zaki B Mat Zin (Pengetua Maahad Muhammadi Gua Musang), Ustaz Zulqarnain Hassan (Pengarah YTK), Ustaz Suhaimi B Idris (Penyelia DUN Galas) dan Ustaz Fazli B Mohd Zain (Penyelia Gua Musang).
7 Resolusi yang diputuskan:
1. Program seumpama ini perlu diadakan secara berterusan di kalangan pimpinan OKU untuk memantapkan pengetahuan berkaitan politik Islam.
2. Kami beriltizam akan meneruskan semangat kami bersama pimpinan untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan kekal sebagai Kerajaan Islam Berkebajikan.
3. Kami bertekad untuk mencapai visi kami ke arah OKU Muqarabun iaitu orang yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
4. Kami berbangga dengan pihak pimpinan yang meraikan OKU dengan sebaik-baiknya.
5. Kami bertekad untuk mengutamakan pelancongan domestik sebagai pilihan utama OKU.
6. OKU dan masyarakat perlu diperkasakan supaya OKU menjadi sebahagian dari masyarakat yang proaktif.
7. Kefahaman dasar kerajaan Membangun Bersama Islam telah diserapi oleh pimpinan OKU dan akan terus dihadamkan.
Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
eGaleri MMK : 7 Resolusi Dicapai Dalam Retreate MPPOK Bersama Kerajaan Kelantan
Tempat : Bilik Mesyuarat UPEN, Blok1, Kompleks Kota Darulnaim
Tarikh : 13 Rabiul Akhir 1442 Hijrah Bersamaan 29 November 2020 (Ahad)
Sesi Pendengaran Dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Atau Pendengaran Draf Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai 2035 (Penggantian) telah dipengerusi oleh Pengarah BKT dan pembantah menghadiri secara online melalui Google Meet.
Tempat : Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
Tarikh : 1 – 2 Rabiul Akhir 1442 Hijrah Bersamaan 17-18 November 2020 (Selasa-Rabu)
Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Rancangan Kawasan Khas Kubang Kerian Bandar D'raja Al Muhammadi dipengerusi oleh YABrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).
KOTA BHARU, 19 November 2020/03 Rabiul Awal 1442- Program Kelantanku Bersih yang dilancarkan sejak April 2019 kini diteruskan dan diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan serta keberkesanan program secara menyeluruh kepada rakyat negeri Kelantan.
YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan di dalam ucapan perasmian beliau amat mengharapkan Kelantan dikenali sebagai sebuah negeri yang bersih, ceria dan indah.
Komitmen tersebut dizahirkan melalui peruntukan sebanyak RM 17.5 Juta dalam Belanjawan 2021 bagi program Kelantanku Bersih, Taman Rekreasi dan lain-lain untuk memastikan hasrat tersebut tercapai.
“Harapan saya bagi program KelantanKu Bersih sangat tinggi dalam memastikan Kelantan dikenali sebuah negeri yang bukan sahaja dari sudut pentadbiran yang bersih malah kehidupan rakyat yang cakna kepada kebersihan kerana kebersihan itu sangat dikasihi oleh Allah SWT dan Baginda Nabi SAW.”
Menurut YAB Menteri Besar, komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjadikan kelantan negeri bersih, indah, dan ceria memerlukan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Program dan aktiviti kesedaran awam mengenai kepentingan kebersihan dalam tuntutan agama, memperhebatkan penguatkuasaan, dan pendidikan kebersihan yang berterusan adalah antara 3 aspek penting yang perlu diteliti oleh setiap PBT.
Majlis turut disempurnakan dengan penyerahan 13 lori kompaktor dan 4 buah lori kepada setiap PBT yang melibatkan kos sebanyak RM 5.1 Juta.
Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat mewujudkan gelombang perubahan sihat dan bersih kepada masyarakat melalui proses perubahan minda, sikap dan tabiat kebersihan kearah menjadikan negeri Kelantan bersih dan ceria
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |