29 & 30 Jun 2020 : ‘Opening & Closing Meeting’ Program Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Pejabat SUK Kelantan.telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam, Tuan Haji Mohamad bin Othman bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MABNA-MBI (Blok 8), Kota Darulnaim.
Pengauditan dalaman ini diadakan bertujuan untuk memenuhi keperluan menghadapi pengauditan pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi Tahun 2020 daripada audit luar iaitu AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Selain itu, untuk melihat sejauh mana Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pejabat SUK Kelantan dilaksanakan dengan baik yang mana melibatkan Manual Prosedur Kerja, MyPortfolio, prosedur-prosedur kerja yang dipraktiskan dan sebagainya.
Seramai 16 orang pegawai yang telah menjalankan Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana perancangan Unit Audit Dalam bagi tahun 2020.