PERUTUSAN AIDIL ADHA 1442H/2021M OLEH YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
https://www.youtube.com/watch?v=-m4qkpjEZyY
PERUTUSAN AIDIL ADHA 1442H/2021M OLEH YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
https://www.youtube.com/watch?v=-m4qkpjEZyY
Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada 5 Januari 2021.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membangunkan satu aplikasi mudah alih iaitu " Penghijauan Malaysia" dan juga laman web khas yang boleh dicapai melalui pautan www.100jutapokok.gov.my. Aplikasi mudah alih dari laman web tersebut boleh digunakan oleh semua agensi Kerajaan atau swasta mahupun orang awam bagi merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun individu.
Pasir Pekan, 11hb Julai 2021 - YAB Dato Menteri Besar Kelantan semasa melawat lokasi Program Outreach Vaksinasi di SMKA Falahiah, beliau menyatakan keyakinan bahawa program vaksinasi ini akan mencapai sasaran imuniti berkelompok dalam masa terdekat.
#lindungdirilindungsemua
#merakyatmembangunbersamaislam
#patuhSOP
#Berdoa_Berusaha_Berikhtiar_dan_Bersabar
Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Badan Bertindak Imunisasi Covid-19. Kunjungan hormat tersebut adalah sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Negeri Kelantan bagi meninjau Program Imunisasi Covid-19 peringkat Negeri Kelantan.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Menteri dan delegasi MOSTI/CITF atas kerjasama dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri Kelantan.
Turut hadir YB Datuk Hj Ahmad Amzad bin Mohamed@hashim, Timbalan Menteri MOSTI, YB Dr Izani Husin, Exco Kerajaan Negeri, YBhg Tan Sri Dr. Jemilah bt Mahmood,Penasihat Khas YAB Perdana Menteri, YBhg Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Timbalan Panglima Tentera Darat, ATM.
#lindung_diri_lindung_semua
#Berdoa_Berusaha_Berikhtiar_dan_Bersabar
https://www.facebook.com/144912392365553/posts/1598282110361900/
Menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 300 penerima keluarga yang terkesan (hilang punca pendapatan, berkerja sendiri) ekoran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Kutan, Pasir Pekan. Gimik penyerahan sumbangan diterima oleh YABrs En Rusydee Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat. Turut hadir YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, EXCO Kerajaan Negeri.
Saya ucapkan penghargaan kepada YABrs Ketua Jajahan, Pusat Kesihatan Daerah, PDRM, Pusat Khidmat DUN,JPAM, RELA serta lain-lain agensi diatas usaha dan kerjasama.
https://www.facebook.com/144912392365553/posts/1592004157656362/
KOTA BHARU, 6 Jun - Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM 450,000 bagi menjayakan projek Jejak Amal Covid-19 Komuniti (JACK) berikutan PKP 3.0.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, YB Dato' Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan ini disalurkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN sebanyak RM10,000 setiap DUN dan akan diagihkan bermula Jun hingga Julai tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan Kelantan sentiasa berusaha menggunakan segala mekanisme bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat disempurnakan terutamanya setelah bermulanya kerajaan elektronik kini lantaran pandemik Covid19 yang bergerak ke arah norma baru.
"Krisis pandemik telah mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi apabila ada rakyat yang menjadi 'asnaf segera' akibat hilang pendapatan dan pekerjaan, perniagaan merosot dan sebagainya.
"Bagi meringankan beban golongan asnaf seperti ini, inisiatif JACK adalah antara mekanisma dan usaha terbaik agar tiada golongan yang tercicir mendapat bantuan," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Taklimat Jejak Amal Covid19 Komuniti menerusi platform online zoom kepada semua AJK Skuad Kita Cakna.
Meskipun pelbagai bantuan bulanan kepada golongan asnaf sedia ada telah disediakan oleh kerajaan negeri sama ada melalui JKM, MAIK mahupun NGO, namun golongan 'asnaf segera' ini juga turut diberi keutamaan kerana mereka bukanlah golongan asnaf penerima bantuan bulanan.
Sementara itu, Pengarah U-KeKWa, Ilvira Mohd Dasuki dalam taklimatnya berkata, seramai 200 orang penerima akan menerima bantuan berbentuk bakul makanan keperluan asas di setiap DUN.
"Antara kriteria yang melayakkan penerima menerima manfaat ini ialah mereka mestilah bukan penerima bantuan bulanan DUN dan agensi atau jabatan atau pekerja yang bergaji harian "ada kerja ada gaji" namun tidak dapat bekerja disebabkan PKP seperti pemandu lori".
Tambah beliau, antara kriteria lain ialah peniaga yang tidak dapat melaksanakan perniagaan atau terjejas teruk disebabkan PKP serta hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja.
Sultan Kelantan Kurnia RM300 Ribu Solidariti Rakyat Palestin
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan RM300 Ribu kepada rakyat Palestin.
Kurniaan tersebut bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel. Kurniaan tersebut diserahkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).
Penyerahan kurniaan disampaikan oleh YM Dato' Hj Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar, Penglola Istana D'Raja Kelantan dan disaksikan oleh YB Dato' Panglima Perang Dato' Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud dan YB. Dato' Perwira Raja Dato' Nik Shafriman bin Nik Hassan, Setiausaha Sulit Kanan Kepada KDYMM Sultan Muhammad V
Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menjunjung kasih diatas ampuni perkenan Tuanku diatas kurniaan tersebut. Kurniaan tersebut menunjukkan keperihatinan, kebersamaan serta solidariti Tuanku diatas situasi getir bumi Al-Aqsa sekarang ini.
Mengalu-alukan Sumbangan Kepada Saudara Kita Di Bumi Palestin Melalui Tabung Serambi Mekah....Klik disini
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |