Buletin, 18 Mac 2021, 4 Syaaban 1442H, bertempat di Dewan Min House Camp, Kota Bharu Kelantan, satu mesyuarat berkenaan penyelarasan projek pelancongan sungai Pengkalan Datu bagi membincangkan projek-projek pelancongan yang berpeluang diadakan disepanjang sungai Pengkalan Datu Negeri Kelantan dan lawatan tapak juga turut diadakan pada hari tersebut. Mesyuarat ini dipengurusikan oleh YM Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), turut serta YABrs. Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.
Tempat : Pejabat YB, Dr. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan
Tarikh : 27 Rejab 1442 Hijrah Bersamaan 11 Mac 2021 (Khamis)
Majlis Penyerahan Agihan Bayaran Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan (ISF) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan Fasa II Bagi Tahun 2021. Peruntukan pembangunan dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam di PBT seluruh negeri Kelantan.
31 Januari 2021, 18 Jamadil Akhir 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menerima taklimat ringkas oleh YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Noor Hisyam Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada pagi tadi. Beliau hadir sempena lawatan kerja ke Negeri Kelantan.
Pematuhan kepada garis panduan dan pembudayaan norma baharu dalam komuniti merupakan perkara utama yang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.
YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar sama - sama menyokong penuh usaha - usaha pasukan barisan hadapan terutama dalam sektor kesihatan untuk sentiasa patuh kepada SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Dengan kerjasama dan berkat doa daripada semua, semoga Allah SWT memberi keselamatan dan menghindari negara daripada wabak ini. InsyAllah.
24 Januari 2021/11 Jamadil Akhir 1442- YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas Negeri (JKKN) di Kota Darul Naim pagi ini.
Kerajaan Negeri mengucapkan penghargaan kepada Syarikat Nautica Medicare diatas sumbangan enam (6) set kelengkapan Biohazard Safety Cabinet (BSC) bagi keperluan kegunaan Klinik Kesihatan terpilih di negeri Kelantan dan sebanyak RM20 ribu disumbangkan kepada Tabung Serambi Mekah.
26 Januari 2021/13 Jamadil Akhir 1442 - Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan RM500,000 bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha pemulihan pasca banjir.
YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bersama - sama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor secara atas talian berkongsi pengalaman mengenai situasi banjir negeri Kelantan dan menyempurnakan simbolik penyerahan.
Sumbangan tersebut amat bermakna kepada rakyat Negeri Kelantan.
07 Januari 2020/23 Jamadil Awal 1441- YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam bagi sesi 2021 di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
Ahli - ahli Majlis mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam. Semoga dapat memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan dasar dan program untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dr. Pengerusi JKuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan dan Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
07 Januari 2021 / 23 Jaadil Awal 1442 – Program Solat Dhuha dan Kuliah Dhuha bersama penjawat awam telah diadakan di Pejabat SUK Kelantan pada pagi ini. Kuliah disampaikan sendiri oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.
Program ini adalah hasrat Kerajaan Negeri ke arah pengukuhan kepada penghayatan konsep Ubbudiyyah, Masullliyah dan Itqan (UMI).
Ustaz Dato’ Menteri Besar menekankan sifat Al-Qawiy (Kuat, pakar, Kompentensi dan professional dalam tugasan) & Al- Amin (Amanah dan berintegriti) dalam melaksanakan tuntutan kerja seharian.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |